As salam, bertemu
lagi kita . Apa
khabar sahabat semua.
Aku di sini mendoakan
kalian sihat2 saja.
Yang bekerja terus
dengan bekerja. Bekerja
juga satu ibadah.
Niat kita mestilah
ikhlas kerana ALLAH.
Kadang2, kita bekerja
hanya kerana wang.
Hendak beli kereta
besar, rumah besar,
perabut yang berkualiti.
Semua ini memerlukan
perbelanjaan yang besar.
Wang besar.
Minggu sudah
aku ada menulis
tentang tajuk Salah
Pilih Menantu. Ramai
yang membaca tajuk
itu. Tetapi tiada
yang komen. Kadang
kita menjadi jumud.
Baca sahaja, selepas
itu tukar blog
lain pula. Aku
pun begitu juga.
Malas hendak komen
cerita basi ini. Tetapi ,
apa yang aku
tulis itu adalah
cerita benar dan
terjadi masa kini.
Aku sambung
lagi tajuk salah pilih
menantu. Si ibu mertua
ini jiwa penyanyang.
Tidak sanggup lihat
cucu menangis dan kelaparan. Menantu ini
kerja dia tidur
dan menyemak dalam
rumah. Tidak mahu
mengemas dan badan
pun bau busuk.
Tubuh badan sendiri pun
hapak. Tetapi, suami
boleh tahan bau
. Dua kali
lima. Mak mertua
bagi nasihat dan
tegur, di tengking
dan buat muka
masam mencuka. Anak
kencing dan perlu
di bersihkan mak
mertua yang cuci.
Jadi cacai kata
orang utara. Mak mertua
tidak di ajak makan
bersama. Mereka hanya
masak untuk diri
family mereka sahaja.
Lama kelamaan
pak mertua tidak
tahan dengan gelagat
menantu, di hantar
isteri iaitu mak mertua
ke rumah anak yang
lain. Biarkan mereka
menjalani kehidupan payah
bila ketiadaan ibu
mertua. Puas hati.
Menantu pun dengan
wajah hantu .
Tidak ceria, rambut kusut
masai, baju tinggi
rendah terus menjalani
kehidupan yang serabut
itu. Suami tetap
seperti suami tunggul
kayu. Biarkan suasana
berjalan seperti itu
. Tiada perubahan.
Sebenarnya, 80%
kehidupan rumahtangga bergantung
pada suami. Manakala, 20%
kepada isteri. Suami perlu
pandai dan bijak
mengadili, membimbing isteri
ke arah kebaikan
keharmonian. Jangan biarkan
isteri meneroka alam
perkahwinan tanpa panduan
dan arahan suami.
Ikut sedap mulut
dan perbuatan .
Isteri pun naik
tocanglah. Tidak berlandaskan
islam dalam sudut rumahtangga.
Itu yang utama.
Kalau suami mengikut
lunas2 islam, perkara
itu boleh di
elakkan.
Sepatutnya, suami
kena bawa isteri
pindah ke rumah
lain. Tidak boleh
ada 2 nakhoda
dalam satu rumah. Isteri
perlu di bawa
makan angin. Selalunya,
surirumah yang ramai mengalami
tekanan perasaan. Sepanjang
hari, isteri membuat
kerja rumah. Isteri
merangkap chef, pencuci,
amah sapu sampah,
pengasuh, pekebun, dll . Banyak
sangat jawatan yang
di pegang dalam
rumah. Oleh itu, perlu
suami memahami hati
dan perasaan si isteri.
Kalau ada wang
lebih, bawa isteri
berjalan melihat keindahan
alam. Biar dia
rasa lega, damai,
tenang. Hilang masalah
dan kepala yang
berserabut.
Mohon suami
peka dalam perkara
ini. Jangan biarkan
suasana yang tidak
sihat berlarutan. Buat
sesuatu kebaikan untuk
semua pihak. Hargai
ibubapa sewaktu mereka
masih ada. Jangan
bila sudah tiada,
barulah kita mengenanginya.
No comments:
Post a Comment