As salam, apa
khabar semua sahabat2
di dalam Malaysia
dan luar negara. Harap
semua beroleh kesejahteraan
dan sihat selalu.
Yang penting kita
setiap hari tidak
melakukan perkara yang
di larang TUHAN.
Lama juga aku
tidak menulis dalam
blog ini. Bukan apa,
sibuk dengan persiapan
Eid Mubarak dan
saudara mara datang
ke rumah. Lepas itu
, sibuk pula
mengemas rumah .
Itulah aku. Tetapi
, semua itu
tidak menjadi bebanan
atau susah pun. Pada
aku, ikhlas di hati
itu di utamakan.
Jangan ada sifat
dengki, sombong sesame insan.
Pada hari
raya korban ,banyak
daging korban yang
dapat. Hari pertama
raya, aku buat
laksa Penang, rendang
daging, ketupat, nasi
himpit dan kuah
kacang. Kebetulan, di
masjid ada korban
lembu dan satu
kampung di jemput
makan kenduri .
Maka, aku dan
anak2 dan anak2
saudara yang lain
berjalan kaki menuju
ke masjid yang
tidak jauh dari
rumah. Sampai saja ,
ajk masjid beritahu
makanan sudah habis.
Tunggu sebentar. Sedang
masak lain. Kami
semua pun tunggu
20 minit kemudian
masakan sudah di
sediakan. Menu simple
sahaja tetapi sedap.
Sup daging dan
rendang ayam piru.
Aku makan sedikit
sahaja.
Hari raya
haji kedua aku
dan anak2 buat
satay dan ayam
percik. Kami bakar di
bawah pohon nangka.
Cuaca redup dan
berangin. Sedap juga.
Menafaatkan daging yang
ada. Badan masa itu
tidak terlalu letih
. Cuma aku
cepat tidur. Hendak
buka facebook dan
blok pun malas. Tidak
tahu perkembangan langsung.
Aku banyak ke dapur.
Hari minggu pula,
anak saudara aku
berkunjung ke rumah. Aku buat
laksa , gulai
nangka, pekasam, gulai
ikan kekacang, sambal dan
berjenis ulaman dan
sayur kangkung. Seronok
melihat mereka makan.
ALHAMDULLILAH.
Hari ini
ada kenduri aqiqah.
Tengahari aku tidak
masak . Semua pergi
kenduri. Malam baru
masak apa yang
ada. Semestinya daging lagi.
Keluarga saudara sebelah
suami ini semua
masak sendiri. Mereka
semua pakar masak.
Kerap kali mereka
buat kenduri .
Rezeki ALLAH beri.
Bersusah payah mereka
datang ke rumah
aku untuk kenduri
tersebut. In shaa ALLAH
akan hadir.
Begitulah sedikit
sebanyak coretan hari
ini. Badan mula
terasa letih . Perlu
makan ubat juga . Jumpa
lagi di lain
masa dan waktu.