As salam,
bertemu semula setelah
lama tidak menulis.
Terasa lama walau baru
beberapa hari tidak
menulis. Aku mendoakan
sahabat2 semua dalam
keadaan sihat dan
di pelihara olah
ALLAH. Hari ini lebih
baik dari semalam.
Hujan masih
lagi lebat ketika
aku menulis. Sayup2
kedengaran azan isyak
berkumandang. Aku berhenti
seketika untuk menunaikan
solat isyak .
Kewajipan kepada tuhan
wajib di tunaikan
dahulu. Selesai solat
barulah rasa lega dan
selesa untuk meneruskan
penulisan yang tidak
seberapa ini.
Persoalan yang
bermain di minda
aku sekarang ialah
kenapa umat islam atau
manusia era kini
terlalu mengejar keduniaan
dan melupakan yang haq.
Kalau orang beri
kita sejumlah wang , kita
rasa orang itu
yang terbaik dan
boleh menolong kita. Kita
tidak menyelediki punca
kenapa di beri
habuan dan wang
tersebut . Betapa kita
masih di takuk
lama. Iman masih
lemah. Tidak dapat
berfikir secara sempurna
dan waras. Bengap.
Baru2 ini
aku tidak jemu
melihat video seorang
remaja lelaki Syria
yang buta. Remaja ini
di tanya oleh
wartawan sama ada
mahu bedah mata
supaya dia dapat melihat
semula. Jawapan nya amat
membuat ku menangis
begitu juga dengan
wartawan itu. “Alhamdullilah, aku
lebih senang berjalan
keseorangan jika pergi
ke mana2. Hanya
aku seorang. Tiada
sesiapa yang menemaniku.
Tetapi, ayahku tidak
membenarkan aku berjalan
keseorangan. Biarlah aku
terus buta . DI
akhirat nanti aku
tidak banyak di
hitung oleh ALLAH. Begitu
banyak nikmat yang
ALLAH beri padaku
sehingga aku dapat
menghafal AL QURAN.
Aku bersyukur kepada
ALLAH.”
Malu aku
bila memikirkan kata2 remaja
ini. Betapa kerdilnya
kita sisi ALLAH.
Material lebih di
utamakan. Tidak menyalahi
tetapi berpada2. Ada
setengah individu sering
tukar kereta dan
sofa. Wang masuk
banyak. Wang keluar
banyak. Akhirnya, melopong
bila berlaku sesuatu
musibah kepada keluarga
itu. Iman tidak
dapat di warisi
dan di jualbeli.
Tetapi, kebendaan sering
silih berganti.