Friday, 14 June 2013
KASIHSAYANG
Hadir bukan paksaan
Datangnya
Dari sebuah ketulusan
Keikhlasan
Salam tidak
pernah berjabat
Dari hati dan
budi
Mekar bebunga wangi
Sejambak budi
Setangkai hati
AIRMATA
Airmata palsu
Mungkin
Memperdaya orang lain…
Tapi
Senyuman palsu
Hanya akan
Menyakiti
Dirimu sendiri
PERKHEMAHAN DI TASIK KENYIR
Teringat aku masa
itu aku mengikuti
satu badan ngo
yang membawa kami pergi ke
TASIK KENYIR. Selama 3 hari
aku dan juga sahabat2 berkampung di
sana. Kami duduk di khemah2 yg
di sediakan. Hari pertama
kami berkenalan sesama kami
dan masuk kumpulan.
Semua 6 orng dlm satu
kumpulan. Kami perlu menjaga
kumpulan kami seperti
satu keluarga. Dalam hujan
lebat kami semua di kehendaki menaiki
bukit dengan membawa
sebiji telur. Telur ini perlu di
jaga supaya tidak pecah dan salah seorang
daripada kumpulan perlu membawa
naik bukit .
Makin lama
makin tinggi kami
naik bukit TASIK KENYIR di TERENGGANU. Di bawah
nampak sayup2 pemandangan yang
cantik dan sungai yg
mengalir.Kami tidak di
benarkan mandi pagi. Mendaki bukit memberi cabaran kepada
aku dari segi
fizikal dan mental.
Akhirnya, kami menuruni
bukit dengan laju
dengan meredah hutan dan
memanjat batu2 besar sambil
menyusuri sungai. Pihak fasilitator
mengarahkan kami supaya
terjun dalam sungai . Itulah
mandi pagi aku. Airnya
sejuk sungguh.
Selepas itu
,kami di suruh buat persembahan
dalam sungai .Di beri
masa 10 minit
utk berbincang dalam kumpulan. Hadiah di
tempat pertama,kedua, ketiga
akan di beri .Juri2 telah siapsedia. Masa persembahan selama 15 minit
sahaja.
Aduh, susah juga.
Kumpulan aku memilih
lagu RASA SAYANG EHHH dengan
showmanship lagi. Masa sebut ehh
itu kami sengaja
selam dan timbul kembali. Lain pada
yang lain. Juri dan kumpulan lain
tepuk tangan dengan tarian
senaman dalam sungai. Kumpulan aku dapat tempat kedua.
Selepas itu, kami
di arahkan untuk main perang2 dengan menggunakan
plastik yang berisi
air. Masing2 kumpulan akan
membaling plastik ke pihak musuh. Berlari aku
dik di kejar oleh pihak
lawan sehingga terjun dalam sungai.Seronok walau letih.
Hari kedua lagi mencabar,kami
dekehendaki naik kayak. Yang lucunya masa kayuh itu aku
dan sahabat terlajak
sehingga ke tempat sahabat2
lelaki yang sedang
memasak di tepi
tasik. Mereka tolong
tarik kayak aku ke
tengah. Aduh, malunya.
Banyak acara
lain yang menguji
minda aku. Yang satu lagi
tidak boleh lupa
ialah menggunakan tumbuh2an untuk
membuat sama ada gubahan,bentuk,
patung dll. Kumpulan aku memilih buat rakit
dengan menggunakan batang buluh, daun2 pokok,di atas rakit itu kami
letak orang dengan
pendayung. Semua menggunakan
bahan2 tumbuhan. Ada kumpulan lain yang
menggunakan tali di kedai. Ini
sudah terkeluar dari tajuk.
Tali bukan tumbu2han. Juri pun
tolak markah.
Kumpulan kami
dapat tempat pertama.
ALHAMDULILAH. Berkat kerjasama,tolak ansur,kreatif Berjaya
juga.
Itulah sedikit
coretan pengalaman aku dalam
perkhemahan di Tasik
Kenyir Terengganu.
Subscribe to:
Posts (Atom)