Masih aku ingat
kenangan bersama sahabat
lama ke LANGKAWI.Waktu itu
ada persembahan LIMA
TOUR LANGKAWI.Aku dan
kawan menaiki kapalterbang.
Kami duduk d belakang
. Tiba2 pengumuman
mengatakan kami tidak
dapat mendarat lagi
kerana persembahan LIMA
sedang berlangsung.Aku lihat
ke tingkap Nampak
pulau2 banyak sekali.
Akhirnya, kami
pun selamat mendarat
ke landasan LANGKAWI. Oleh
kerana sahabat aku
ini orang LANGKAWI
tiada masalah mencari
tempat tinggal. Aku pun
bermalam di rumah
kawanku ini.Emak kawan aku
ini berleter pada
anaknya kerana pakai
pakaian rugged sedangkan
aku pakai baju
kurung.Emaknya suruh aku
beri nasihat dan
pantau anaknya semasa
bekerja.Aku kata yang
anaknya baik sebab itu
aku berkawan dengan
anaknya.
Sebelum kami
keluar berjalan2 kami
masak dahulu untuk
emak dan bapanya.Bapanya beri
kami naik motor untuk
jalan2 .Oleh kerana, aku ada
lesen motor maka
aku yang kena
bawa motor itu.Kami
masuk kampong keluar
kampong sampai petang .Seronok masa
itu.
Yang aneh
pada saya ialah
rumah kawan aku. Rumah
itu dua tingkat
.Rumah lama. Ada
serambi tetapi tingkap
semua di tutup
rapat. Suasana di
atas rumah samar2
dan menyeramkan. Mereka pula
keturunan SIAM. Emaknya
panggil noey pada kawanku.
Buka tv pun
channel SIAM.
Satu malam,
aku pun baring di
dalam bilik seorang
diri di tingkat
atas sementara kawanku
masih mengemas di
dapur Tiba2 rasa seram semacam
.Kenapa rasa seram
ini ? Sudah jam 12
malam. Kenapa kawan ku
tidak naik atas
lagi. Aku terdengar
seperti ada orang
cakar dinding bilik
aku . Apa itu? Olehkerana dinding
itu papan maka
makin kuat kedengarannya.
Aku pun
keluar bilik dan
lari turun bawah. Kawan
aku kata itu
perkara biasa. Belakang rumah
mereka memang tempat
penginapan langsuir atau
Pontianak. Biru muka aku
mendengarnya. Patutlah
mereka tutup semua
tingkap . Seminggu aku tinggal di
sana . Yang pasti
,aku akan ajak
kawan aku naik
atas rumah . Tidak berani
aku masuk dalam
bilik seorang diri.
Itulah, kenangan yang
tidak dapat aku
lupa. Kawan aku ini
seorang yang lemah lembut.
Cakap pun suara perlahan. Di manakah
kau kini?