Monday, 10 June 2013

Nostalgia Sekolah Cina

          Aku ingin mengimbau kembali masa aku Sek Rendah Cina Chong Cheng di Sungai Ara. Hati tidak seronok berada di sekolah Cina itu. Bahasa yang begitu asing, tiada kawan untuk bercakap BAHASA  MALAYSIA. Terpinggir sendiri. Aku selalu menangis bila tiba di sekolah tersebut.
        Ayah aku minta guru meletakkan aku di barisan depan supaya mudah aku memahami pelajaran. Masa exam penggal pertama aku dapat no 9. Semua subjek lulus. Masa terus berlalu, aku dah pandai bergaul dan bercakap bahasa CINA. Habis kelas aku kena pergi tuisyen. Aku selalu pergi awal sikit sebab kami akan bermain2 dulu .
          Pelajar cina dah boleh terima aku. Sepanjang hendak sampai ke tempat tuisyen akan kedengaran orang memanggil namaku. Itu orang lelaki cina yg menetap di kawasan tersebut. Aku buat tak tahu dan selamba saja. Menyampah kata hatiku, selalu kena usik dengan mereka.
         Masa terus berlalu sehingga aku darjah 6. Guru pesan kepada kami supaya belajar rajin2 kalau hendak pergi ke sekolah yang bagus terutama anak melayu seperti saya. Masa peperiksaan akhir tahun aku mendapat pujian dari guru kerana mendapat markah tertinggi dalam subjek klasik cina d mana kami perlu buat karangan dan lisan. Aku mendapat 99%, salah sikit saja terlupa letak titik dalam ejaan bahasa cina. Begitu juga dalam subjek lain, dapat keputusan yang baik sehingga membolehkan aku dapt masuk ke Sek CHONG LENG yg terkenal di TANJUNG. Tetapi ayah aku tidak membenarkan aku ke sekolah cina sebaliknya aku di hantar ke sekolah biasa saja. Ada sebab mengapa ayah tidak bagi meneruskan ke sekolah cina. Aku lebih cenderung kearah kecinaan. Pakai skirt pendek,cakap banyak loghat cina, agama islam cetik , ramai kawan cina. Kehidupan lebih mirip kecinaan. Faktor tersebut yang mendorong aku tidak ke sekolah itu.

           Sebenarnya belajar sekolah cina banyak cabaran. Kantin sekolah banyak masak daging babi sebab itu aku bawa bekal makanan. Kalau beli pun yg ada cop syarikat. Kita kena cerdik dalam perkara ini.  Pernah sekali ,sedang aku makan bihun kawan2 masukkan daging babi dalam bihun. Sangat sedap kata mereka. Di situ  kita kena faham betul2. Perut lapar, daging babi haram di makan. So.aku tidak makan bihun hanya minum ayer saja walau perut lapar. Kekuatan mental itu penting. 

         Satu lagi, aku pergi raya GONG XI FATT CHOY..di rumah gurubesar BATU MAUNG. Walau dhidangkan dgn pelbagai juadah spt mee goreng, kuih bakul, biskut..dll tetapi aku hanya makan kacang goreng dgn air orange dalam botol. Selepas itu,aku d bawa ke belakang rumah untuk lihat pemandangan. Tiba2  aku lihat dalam kandang ada beberapa ekor babi peliharaan guru  itu. Aku tidak lari hanya tidak memandang babi itu.
         Satu lagi peristiwa, habis peperiksaan darjah 6 aku ikut rombongan sekolah ke CAMERON HIGHLAND. Sebelum sampai ke destinasi banyak tempat kami berhenti.Tiba di IPOH, rombongan di bawa ke kuil buddha dalam gua. Tokong besar2, ada yg duduk, yg baring. Takut tu ada.Kawan2 suruh aku sembah tokong2 tu.Aku tidak melakukannya hanya ikut belakang guru2. Gua itu gelap hanya samar2. Kawan2 cina mengadu pada guru kerana aku tidak menyembah tuhan mereka. Guru kata yg aku ISLAM. Rasa lega bila guru kata begitu. Suasana dalam gua itu sangat menyeramkan .
         Aku sering jaga pemakanan. Selalunya pada hari cap go mei aku akan di beri apom colour merah. Aku kata orang islam tidak makan. Akhirnya mereka faham hanya beri tebu pendek2 kepada saya. Itu baru sekolah rendah. Kalau  menengah tak tahu lah mcamana nanti. Sebab itu aku tidak sambung ke sek men cina takut tergelincir dan jauh dari islam. Benarkah begitu?


HUJAN

Hari ini sepanjang hari hujan.Aku memandang ke langit .Hitam pekat bagai nak runtuh .Tetapi dari satu sudut    ianya membahgiakan.Apa tidaknya,Setelah panas terik melanda maka KAU YA ALLAH menurunkan hujan bagaikan mutiara berguguran  mencecah bumi.Tunbuh2an tersenyum riang ,haiwan yg haus dpt minum air hujan.Semua atas RAHMATMU YA ALLAH.Rasa keinsafan diri ini.Walaupun ,baju d ampaian tidak kering tetapi tidak mengapa.Bila panas  IA baju akan kering jua.Begitu jua dgn kehidupan kita seharian,ada pasang surutnya.Kadang2 gembira,kadang2 muram durja.Tetapi kehidupan tetap dteruskan.FISIKAL N MENTAL kena seiring mantap.Adakala ALLAH uji kita dgn kesihatan yg kurang.Cuaca kata doktor.Pada saya ALLAH bagi sakit utk menyuci dosa2 kita .Ingat begitu hati jadi tenteram n berdoa pdNYA.Sekarang ,anak2 IPT sedang bergelut dgn peperiksaan.Kepada mereka GEMERSIK hanya dapat katakan tenang n fokus dlm exam tersebut.Jangan fikir yg negatif.U MUST STRONG.Selepas exam rancang apa yg perlu dlakukan utk kebaikan diri sendiri.Cari duit dgn bekerja parttime d restaurant atau yg sewaktu dgnnya.Biasakan diri dgn sifat berdikari.Atau setengah tu tidur 24 jam..sementara boleh.Tapi x kan selalu begitu.Ibubapa perlu beri perhatian dlm perkara ini.berbalik kepada hujan .Aku memandang jauh ke tingkap melihat hujan yg turun lebat.Sawah padi melambai .Terasa sejuk .Tidak perlu kipas angin .Angin masuk dlm rumah ku.Teringat lagu hujan dendangan arwah sudirman .Bait2 senikata ;HUJAN YG TURUN BAGAIKAN MUTIARA.,,KAU DATANG DAN KAU PERGI JUA ,RINDU LAGI...ITU yg aku masih ingat sikit2.Nostalgia kembali.Begitulah sedikit coretan hari ini.Lama tidak menulis,banyak yg telah pincang.SELAMAT MALAM GEMERSIK UCAPKAN ..WASALLAM

Cerita Hari Ini






BISMILLAH

As salam, pertama kali dlm lipatan sejarah saya memulakan langkah kanan dgn ucapan BISMILLAH,,, apa jua yg kita lakukan perlu bersandar kpdNYA.seorg hamba yg kerdil dlm mengharungi kehidupan yg mencabar. Ramai yg  tidak mengetahui tentang diri saya.Tiada mengapa. Lambat laun kalian akan mengenali diri ini yg serba kekurangan. Memang saya minat menulis sejak dulu lagi,disebabkan itu maka saya gagahi jua  .