Monday, 17 June 2013

RUMAH KEDIAMAN ALLAHYARHAM PROFFESOR HAMKA


   

        Ini  adalah  rumah  kelahiran  BUYA  HAMKA.  Siapa  yang  tidak  kenal  dengan  beliau.  Banyak buku2  yang  telah  beliau  hasilkan.  Salah  satu  yang  masih  tidak  lupa  ialah  BERTAJUK PERIBADI  MULIA.  Oleh kerana,  arwah  ayahku  seorang  pelayar . Maka  apabila  tiba  di  negara INDONESIA  maka  banyak  yang  ayah  beli  buku2  terutama  buku  BUYA  HAMKA.  Buku PERIBADI  MULIA  memberi  kita  kekuatan  dalaman  dan  luaran. 

 Perkataan  hamba  hanya  boleh  dIucapkan  pada  ALLAH  sahaja  bukan  pada  makhluk.  Beliau  mengkritik  ucapan  hamba  kepada  raja  Sedangkan  kita  berdiolog  dengan  ALLAH  dengan  menyebut  KAU dan  aku.  Banyak  teguran dan  nasihat  yang  berguna  di  berikan  pada  pembaca.  Ceramah  beliau  sangat  berkesan  sehingga menitis  airmata  terutama  tentang  hati  dan  perasaan.  Itulah  BUYA  HAMKA..

KEJAR, KEJAR, CINTA MANUSIA

KEJAM TENTERA SYIRIA CAMPAK KANAK2 DAN WANITA




Tersentak,  menangis,  marah  semua  ada  dalam  diri  aku  apabila  melihat  gambar  ini.  Apa tidaknya,  tentera  syiah  syiria  mencampak  kanak2  dan  wanita  dari  bangunan  tinggi  satu  persatu.
Sebenarnya,  ianya  di  buat  dalam  bentuk  video.  Rasa  sangat  sedih  melihat  klip  video.  Kenapa  kejamnya  manusia.  YA  ALLAH  KAU  BUATLAH  SESUATU  KE ATAS  MEREKA  YANG  KEJAM  .








CINTA PANDANG PERTAMA

          Siapa  pernah  jatuh  cinta  pandang  pertama?  Indah  dan  hati  rasa bahagia  sekali  umpama  kembang  melati.  Hari2  yang  di  lalui  amat  berharga .  Mendengar  suara  kekasih  pun  sudah  gembira  dan  hati  menjadi  riang.  Benarkah  begitu?  Siapa  yang  melaluinya  akan  tersenyum  dan  mengiakan .  Dari  mata  turun  ke  hati. 

        Aku  ada  cerita  kisah  seorang  gadis  yang  di  tinggalkan  oleh  kekasih  pertamanya.  Oleh  kerana  kecewa  maka  gadis  inipun  terima  lamaran  lelaki  lain  yang  beliau  tidak  cinta.  Sehari  sebelum  hari  perkahwinan  kekasih  yang  dulu  hubungi  kembali  untuk  menjalin  hubungan.  Cinta   berbunga  kembali  dan  terkenang  kembali  saat2  bahagia  di  masa  dahulu.
       Oleh  kerana  terlalu  mencintai  kekasih  pertama  maka  gadis  ini mengambil  keputusan  nekad  untuk  memutuskan  hubungan  yang  akan  menjadi   suami nya  esok .  Persiapan  kenduri  dan  peralatan  pelamin  ,periuk  belanga, panggilan  tetamu  sudah  siap .Cuma  menanti  untuk  akad nikah  sahaja.
       Ibu  pada  gadis  ini sudah  jatuh  pengsan  akibat  tindakan  anak  gadisnya  itu.  Gadis  ini  sanggup  berjumpa  dengan  tok  kadi  untuk  menjelaskan  hakikat  yang  dia  tidak  mahu  kahwin  dengan  bakal  suaminya  yang  ada  sekarang.  Akhirnya,  gadis  itu  pergi  ke  satu  destinasi  untuk  menenangkan  fikiran.   Kenduri  kahwin  menjadi  kenduri  tahlil  dan  semua  hantaran  dan  cincin  di  serahkan  kembali  kepada  pihak  lelaki.
        Nasib  baik  pihak  lelaki  dapat  terima  kenyataan  itu.  Kalau  tiada  jodoh  apa nak  buat  kata  lelaki  pengantin  tersebut.  Jemputan  datang  silih  berganti . Semua  bertanyakan  tentang  mana  pengantin  perempuan.  Semua  diam  membisu.  Terkunci   mulut  semua  orang.
       Cinta  itu  buta.  Lebih  buta  dari  si  buta. Kau  kunci  cintaku  kata  lagu  RAMLAH  RAM.Kunci  ini  sukar  untuk  di  buka  kecuali  orang  tertentu  sahaja.   Seandainya  seseorang  itu  faham  maksud  kunci  itu  maka  ia  akan  faham  apa  itu  cinta . 

       Hakikatnya,  cinta  kepada  manusia  satu  hari  manusia  akan  pergi.  Seandainya  kita  mencintai  ALLAH  maka  ALLAH  tidak  pernah   meninggalkan  hambanya.  Tidak  pernah  dan  tidak  akan  pernah  walau  sesaat  pun.  Ada jodoh  maka  adalah.  Kalau  tiada  jodoh  ,  terimalah  kenyataan.  Jangan  berputusasa  dalam  mencari  pasangan .  Berserah  pada  ALLAH  dan  berdoa  padaNYA.  ALLAH  akan tunjuk  jalan  yang  benar  kepada  hambanya  yang  berharap.  AMIN  

MENGAJI DAN MENGKAJI AL QURAN