As salam, bertemu
kembali kita .
Apa khabar semua
sahabat 2 ku sekelian. Harap sihat2
semua ye. Kadang2
Tuhan uji kita
dengan sedikit dugaan
dan kepayahan dalam
kehidupan. Bila berlaku
sesuatu musibah maka
barulah kita akan
ingat pada yang
Esa. Berzikir dan
bermohon agar Tuhan
tetapkan iman kita
dengan ujian tersebut
Baru2 ini
aku ada membaca
satu coretan rasa
daripada seorang yang
bergelar mak mentua. Mempunyai
beberapa orang menantu.
Dalam ramai menantu
ada seorang sikapnya
seperti hantu. Bukan
aku kata, mak
mentua itu yang
kata. Baru kahwin satu
apa pun tidak
tahu masak. Masak nasi
pun kadang2 mentah
dan kadang2 keras.
Tetapi, mak mertua
tidak pernah marah
atau sindir. Mak
mertua ini mengajar
menantu ini memasak
sehinggalah pandai dan
sedap di makan.
Lama kelamaan,
menantu ini sudah menunjukkan
perwatakan yang sebenar.
Cakap tengking dan
herdik mak mertua
dan pak mertua.
Bangun lambat . Anak2
pun mak/pak mertua
jaga. Suami pun
tahan sahaja dengan
sikap isteri. Hendak
duduk asing suami
tidak mampu. Selalu
mak mertua keluar
air mata. Muka
menantu sentiasa masam
mencuka. Rumah di
biarkan semak macam
tongkang pecah. Mak
mertua yang bersih
dan buang sampah
sarap.
Akhirnya, mak mertua
lari dan menetap
di rumah anak
lain. Di sini
siapa yang mengalah ?
Tentulah orang tua
itu. Persoalannya, adakah
keluarga itu tersebut
tersilap pilih menantu
dan tidak menyelidiki
tentang latarbelakang keluarga
perempuan itu. Selalunya,
orang tengah yang
memainkan peranan . Di
kampung masih wujud
lagi peranan orang
tengah. Mereka akan
mencari dan merisik
. Selepas itu,
jika ada permintaan
gadis itu akan
di sunting untuk
di jodohkan dengan
keluarga tersebut. Bergantung
sepenuhnya kata2 manis
dari orang tengah.
Kalau di tokok
tambah pun di
kira bohong sunat.
Ini yang
berlaku pada mak mertua itu. Terlalu
mendengar kata2 dari
orang tengah tanpa
menyelidik sikap dan perangai
wanita itu. Akhirnya,
makan diri. Menyesal
tidak sudah. Menantu
masih bersikap kurang
ajar . Tidak
mahu berubah perangai.
Sikap suami yang
tidak mengajar dan
menyantuni memberi kesan
yang mendalam keluarga
itu. Isteri terus
dengan kerenah dan
watak kasar itu. Sehingga
bila perkara ini
akan selesai .
Tunggu dan lihat
coretan seterusnya.