As salam, apa
khabar semua? Harap
semua sihat2 saja.
Sahabat2 di Malaysia dan
luar negara moga
dapat menjalankan tugas
seharian dengan baik
dan mempunyai kesihatan
yang baik. Apapun ,
semua adalah kehendak
TUHAN. Aku ingin
menceritakan beberapa perkara
yang berlaku dalam
minggu ini .Maksudnya ,
berbagai cerita dalam
coretan ini.
Baru2 ini
ada seorang cina
muallaf datang ke
rumah untuk minta
sedikit sumbangan. Katanya,
beliau dari Kuantan
sebagai penjual ikan.
Pulang ke Penang
untuk mengambil anaknya
yang di pelihara
oleh bekas isterinya
yang enggan masuk
islam. Beliau hendak
menghantar anaknya ke
tahfiz AL QURAN..Tidak
ada wang katanya.
Aku pun beri
sedikit sumbangan. Terserahlah
sama ada beliau
cakap benar atau
tipu. Bila suami
balik dari kerja
aku dapat tahu
cina muaalaf itu
selalu buat kerja
seperti itu. Cuba cari
simpati daripada orang
perempuan. Lelaki dia
takut. Alahai, TIPAH
tertipu.
Minggu ini
juga, sedang aku
menulis tiba2 sebuah
kereta membelok ke
rumah aku. SIapa
pula ? Keluar seorang
perempuan bertudung yang
aku tidak kenal.
Beliau menjual kain
sutera dari VIETNAM.
Harga runtuh. Rm
seratus turun hingga
rm lapan puluh
. Aku kata
tidak berminat untuk
membeli. Beliau paksa
aku lihat kain sutera
itu. Tak payah.
Beliau pun berlalu pergi
.Selamat duit aku
Sekarang di
utara musim hujan,
tiap2 hari .
Alhamdullilah. Rezeki ALLAH kita
tidak boleh mengeluh.
Panas atau hujan
terima saja. Di hadapan
rumah aku ada
sawah padi. Musim
membajak. Walau hujan
lebat petani tetap
tekun membajak sawah
tanpa menghiraukan hujan
atau rebut. Sawah
seperti kolam renang
jadinya. Seronok aku
melihatnya. Macam hendak
berenang pula. Perasaan
itu ada. Cantik
saujana mata memandang. Bangau pula sibuk
mencari anak ikan.
Bangau oh bangau
Begitulah
cerita minggu ini .
Di lain waktu
kita bertemu lagi
dengan cerita yang
lebih menarik. Jumpa
lagi.