Thursday, 15 August 2013
KAWAL MAKAN
As salam, bertemu
kita setelah kita
sibuk merayakan aidil
fitri yg mulia.
Syukur kepada ALLAH
kerana sepanjang merayakan
aidil fitri tidak
ada perkara yang
tidak diingini berlaku
kepada kita. Kalau
ada pun , tembakan ,
kebakaran, kecurian sering
kita dengar dan
melihat. Itupun, sudah
cukup menggetar jiwa
kita. Tahun ini, di rasakan
meriah kerana adikberadik
berkunjung ke rumah ku.
Riuh suasana di
buatnya. Letih pun
tidak terasa.
Masih lagi
dalam suasana hari
raya. Rumah terbuka
di sana sini.
Tengok sms , jemputan
ke rumah terbuka.
Aku cuba kawal
pemakanan, tidak berani
makan banyak. Takut
gemuk. Maka, aku
pun makan sedikit
sahaja. Bayangkan , dalam
masa satu hari
penuh makanan dalam
perut dengan bermacam2
juadah. Balik rumah
perut sakit.
Lepas raya,
musim kenduri kahwin
pula. Bulan ini
aku banyak menerima
jemputan kahwin . Raya
keempat sudah ada
kenduri kahwin. Baru2
ini , aku hadiri
kenduri kahwin, selain
nasi ada makanan
sampingan iaitu laksa,
pak tongko, rojak,
teh tarik, ais cream,
agar2. Aku tidak
tahan daulat di
buatnya. Semua aku
rasa. Malam itu,
aku tidak mahu
makan sebab terlalu
kenyang makan siang
hari.
Dalam kita
menyambut kemeriahan aidil
fitri jangan lupa
sahabat2 kita yang
berada di Mesir,
Syiria, Pelistine, dll. Hati terusik
dan amat sedih
akan apa yang
terjadi kepada sahabat
kita di Mesir.
Kita di sini
releks dan santai
tetapi di sana
sahabat kita di
bunuh secara membabi
buta tanpa belas kasihan.
Tiada rumah terbuka,
tiada juadah yang
enak. Hanya juadah
tembakan dan bom
sahaja.
Musuh nampak
terang terangan dan
nyata. Mereka sudah
keluar dari persembunyian. Kalau
dahulu , musuh hanya
menggunakan media massa,
filem, hiburan tetapi kini
mereka telah menaikkan
taraf mereka dengan
peluru, bom, senapang.
Tahap demi tahap
musuh mengeluarkan segala
apa yang ada
untuk menghancurkan islam.
Aku tertarik dengan
kenyataan seorang ulamak
Mesir di mana
beliau mengatakan bahawa
umat islam perlu
berhenti menulis puisi,
sajak. Tetapi ,
tiba masanya umat
islam mencipta senjata,
nuklear. Itu kenyataan
beliau. Sama ada
anda menerima saranan
ini terserah lah.
Hakikatnya, kita
umat islam sedang
di ancam dan
terancam. Walaupun, kita
masih aman namun
jangan lupa berdoa
kepada ALLAH agar
musuh jatuh tersungkur
dan memenangkan islam.Makan
tetap makan , namun
jangan terlebih pula.
Jumpa
lagi di lain
masa dan waktu
jika di izinkan
ALLAH . Jangan lupa
sedekah pada yang
tiada.
Subscribe to:
Posts (Atom)