Apa yang
anda lakukan untuk
sambut ramadan . Tunggu
saja pengumuman puasa
di kaca tv. Kalau
pengumuman kata esok
berpuasa maka puasa lah
aku. Kalau kata
tidak berpuasa maka aku boleh
makan lagi. Begitulah
kita dalam menyambut
ramadan. Tidak buat
apa2. Padahal, kita
lupa untuk sambut
ramadan seperti juga
kita hendak sambut
hari raya aidil
fitri. Kalau hari
raya kita sibuk
mengemas rumah. Tetapi ,bila
sambut ramadan kita
acuh tak acuh. Sebenarnya ,
sambut ramadan kita
kena mengemas dan
bina azam baru .
Buang yang perkara
yang tidak baik
dalam hati dan
jiwa sebaliknya bina
kekuatan baru dan
semangat baru. Buang
yang keruh ambil
yang jernih.
Aku pun sibuk
mengemas rumah untuk
sambut ramadan yang
mulia ini. Buang
barang2 yang tidak
pakai. Cuci rumah
sedaya yang boleh
agar rumah sentiasa
kemas dan bersih.
Hendak menulis pun
perlu kemas dan
bersih dulu tempat
yang kita hendak
menulis. Kalau tidak
fikiran dan focus
kita ketika menulis
akan hilang.
Aku
tahu kita tidak dapat
menunaikan semua perkara
dalam kehidupan seharian.
Yang berkejaya lagi
letih. Apa lagi
di bulan puasa.
Sebab itu pasar
ramadan tumbuh bagai
cendawan. Siap duit
saja. Tidak sempat
hendak masak dan
buat kuih. Bulan
puasa wang mengalir
seperti air mengalir
.Mencurah2. Bukan jimat
tetapi menjadi penat.
Penat dengan keluaran
wang yang banyak.
Aku
lebih senang buat
sendiri kuih. Sudah
beli barang2 dapur
untuk bulan ramadan.
Kuih Melaka, kuih
karipuff, sandwich gulung,
pulut inti, tepung
bungkus . Itulah yang
aku selalu buat
sendiri di samping
kuih yang lain.
Untung buat kuih
sendiri sebab bila
balik terawikh kita
boleh makan buat
kali yang kedua.
Selalunya ,
aku akan masak malam
itu juga dan
simpan dalam peti
sejuk untuk sahur.
Sehari dua kali
aku akan masak.
Bangun sahur aku
hanya panaskan saja
lauk tersebut. Kawan
aku pula dia
akan bangun pada
jam 3.30 pagi.
Baru masak untuk
sahur. Masing2 ada
dia punya kaedah
. Yang penting
bersahur . Shahdu.
Aku
suka bangun pagi
dalam sekitar 4.30
pagi untuk panas
lauk pauk di
bulan puasa. Rasa
tenang dan sejuk
cuaca. Tenaga baru
muncul di waktu itu.
Buka pula tv
dengar qari membaca
AL QURAN. Sukar menceritakan
kepada anda ketika
itu. Hilang rasa mengantuk. Pernah kah
anda merasakan demikian ?
Kalau anda ada
cerita2 yang menarik
sila kongsi bersama
dengan saya dalam
blog ini. Cerita
bebas . Moga2 kita
sama2 dapat pelajaran
dan pengalaman anda
yang bermakna itu.