Cuti sekolah
aku tidak ke
mana2. Adalah juga
pergi berjalan di
dalam negeri sahaja.
Banyak tempat di
Malaysia yang belum
habis kita teroka
dan jelajahi. Ramai
juga kawan2 aku
yg bercuti di
luar negara. Rezeki
ALLAH beri tidak
salah kita melihat2
pemandangan dan mencari
pengalaman di negara orang.
Sebenarnya, aku sangat
berminat ke luar
negara. Siapa nak
sponsor aku melawat
ke negara kalian.
Bertemu dengan kawan2 fb di luar
negara dan berkenalan .
Pertanyaan ini mungkin
tidak menasabah. Kalau ada
rezeki maka sampailah aku di
luar negara.
Cuti hari
sabtu dan ahad adalah hari
kenduri kahwin. Satu
hari sampai ada 4
kenduri. Aku jemu dengan
ayam dan daging. Semua tempat
kenduri hanya dua
menu itu. Aku
hanya ambil sedikit sahaja makanan
. Di rumah, aku
lebih suka masak
ikan. Nasi putih juga
menjadi idaman hatiku.
Kena jogging selalu.
Takut gemuk.
Jogging aku ialah
mencabut rumput di belakang rumah.
Berpeluh aku di buatnya. Rasa
sihat sikit. Mandi
dengan serai wangi
yg sentiasa harum
semerbak. Rasa nyaman
dan ringan badan.
Hidup di kampung di
kelilingi dengan tumbuh2han
yg boleh membantu
kita ke arah kesihatan. Banyak
juga ulam2man yg
aku tanam. Selang
2 hari aku
akan buat sambal.
Anak2 akan petik
ulam2 utk makan
dengan sambal. SODAP.
Ulam pegaga , ulam
raja, kacang botol,
ulam cekur, ulam
samak. Semua ada
di belakang rumah.
JOM MAKAN
ULAM. Berjumpa lagi
di lain waktu.
Ubi keledek, ubi kayu. I
LUV U
No comments:
Post a Comment