As salam , apa khabar
sahabat2 semua. Harap
hari ini lebih
baik dari esok. Moga
ALLAH sentiasa memberi petunjuk
dan kesihatan yang
baik kepada kita dalam
mengerjakan urusan harian
dan melakukan tuntutannya.
Sedar tidak sedar
kita telah masuk
ke penghujung tahun .
Cepatnya masa berlalu.
Umur kita pun
semakin meningkat. Kadang 2
ALLAH beri kita
sihat dan kadang2
pula ALLAH beri
kepada kita sedikit
keuzuran dan musibah
supaya kita sentiasa
mengingatiNYA. Kalau ALLAH sentiasa
member i kita sihat
maka kemungkinan kita
akan leka dan
lalai dalam mengingatiNYA.
Ramai juga
tahun ini rakyat
MALAYSIA yang menunaikan
haji termasuk ustaz
AZHAR IDRUS yang
di minati ramai
dan juga TAN SRI
MALIK NOR ahli
bina badan dahulu.
Mereka semua ini
adalah tetamu ALLAH.
Ada duit boleh
pergi menunaikan haji.
Kalau duit masih
kosong d bank
tidak tahulah bila
akan sampai ke
TANAH SUCI. Ramai yang mengatakan demikian.
Wang memainkan peranan
yang utama dalam
apa jua keinginan
kita. Banyak wang
pun sampai tidak
tahu hendak buat
apa. Lepas itu, mula
fikir yang bukan2 .Membazir
dan melampaui batas.
Tidak lama
lagi kita akan
sambut HARI RAYA
HAJI ATAU QURBAN.
Berkorban apa saja.
Benarkah begitu .
Harta atau pun
nyawa. Ada dua
peristiwa yang berlaku
dalam kehidupan aku
dan keluarga. Kakak
aku meninggal dunia
sehari sebelum hari
raya haji. Kemudian
, ibu aku pula
meninggal dunia seminggu
sebelum hari raya
haji. Cukup terharu
dan sayu bila
sebut hari raya
haji. Aku tidak
boleh lupa akan
peristiwa itu. Masa itu kami
hanya sambut secara
sederhana sahaja dengan
keluarga masing2.
Selalunya di
kampung aku ada
bangsa asing terutama
Bangladesh dan Indonesia.
Bila kariah buat
sembelih lembu korban
mereka akan mengerumuni
. Selalunya kepala
lembu menjadi kegemaran
bangsa asing. Mereka
akan di beri
kepala lembu .
Mungkin mereka suka
buat sup kepala
lembu. Sedapkah? Mereka
yg merantau berhak
dapat daging lembu
itu. Aku selalunya
buat gulai. salai cicah
dengan air asam .
Penuh dalam petisejuk
dengan daging lembu.
Kenapa lembu tidak
kerbau?
Di sini .
aku mengalu2kan sebarang
komen dan cadangan
yang membina agar aku
dapat meneruskan penulisan
yang tidak seberapa
ini. Mohon santuni
aku .
KALAU ADA
SUMUR DI LADANG . BOLEH KITA
MENUMPANG MANDI
KALAU ADA
UMUR PANJANG. BOLEH
KITA JUMPA LAGI
No comments:
Post a Comment