Apa khabar semua?
Harap baik2 hendaknya. Aku terkial2
hendak menulis apa
hari ini. Oh ya
, semalam aku
leka melihat budak2
di kampung aku
buat bubuk atau
bakul menangkap ikan.
Budak2 ini dalam
ketegori belum akil
baligh lagi. Masih
anak2 hingusan lagi.
Yg aku hendak
kongsi di sini
ialah bagaimana mereka
kreatif dalam membuat
bubuk itu dengan
menggunakan buluh. Begitu tekun
sekali sehingga selesai
tugas mereka . Mestilah budak2
itu bergerak ke
sawah padi dan
saliran sungai yang
merupakan empangan air
untuk di salurkan
ke dalam sawah
apabila musim menanam
padi. Bulan sept
ini merupakan bulan
menanam padi. Aku
seronok melihat petak2
sawah yang di
penuhi oleh air.
Seperti kolam renang
sejauh mata memandang.
Tetapi awas , kita tidak
boleh berenang kerana
telah di sembur ubat
serangga.
Cerita kedua
ialah aku terpegun
melihat satu kumpulan
gadis sedang khayal
hisap rokok. Pada masa
itu aku sedang
membeli makanan di
sebuah warung . Gadis2 ini
selamba saja hisap
rokok sambil sedut
lama2 dan asap
keluar melalui hidung
.Dasyat aku tengok
budak2 gadis ini .
Penghisap rokok tegar.
Ramai orang lelaki yang
memandang gadis2 ini.
Mereka buat bodoh
saja.Tidak hairan lah.
Kalau dahulu zaman
nenek kita menggunakan rokok daun , tenyeh
tembakau sedikit. Lepas
hisap daun rokok nenek2
ini akan tumbuk
sireh pula. Makan
sireh untuk kuat
gigi. Aku sempat
melihat di zaman nenek 2
. Kini, anak2
remaja menukar kepada
Winston, dunhill dll. Aku tidak
menghafal pun jenama
rokok. Tetapi, pada
pandangan peribadi aku
tidak bersetuju dengan wanita2
yang menghisap rokok
ini. Tambahan pula,
kalau seseorang itu
beragama islam. Mencemar
islam itu sendiri.
Berbalik kepada
cerita pertama tadi
ialah kalau kita
lihat dalam konteks
era kini . Anak2
kita sudah di dedahkan
dengan teknologi moden.
Celik IT. Buta
kepada pengalaman dan
kehidupan ciptaan ALLAH.
Anak 2 kini suka
kepada games ,
facebook dll. Dalam
inbox aku pun
dengan invited games.
Sehingga ibu2 dan
bapa2 pun terlajak
dengan games. Terus
terang aku tidak
pernah main games
yg di invited. Maaf tidak
berminat kearah itu.
Anak2 kita tidak di
dedahkan dengan kehidupan
semasa. Semua khayalan.
Tidak pijak di bumi
nyata.
Bila tiba untuk
belajar luar negara
atau bekerja d
kampung sebagai guru
ianya umpama pucuk
di cita tetapi
ulam tak datang.
Tukar sedikit peribahasa. Sebenarnya tidak
salah celik IT
tetapi biar seimbang. Musim cuti
sekolah , hantar
anak2 balik kampung
untuk di dedahkan kepada
mereka tentang kehidupan
dan reality. Baru kehidupan
anak2 ini lebih
bermakna .