Baru2 ini aku
dan family pergi
ke Cameron Highland.
Kebetulan ada anak
saudara yang menetap
d sana iaitu
anak kakak sulong
aku. Sampai d
sana sudah malam
. Anak saudara
masih dalam perjalanan
dari Ipoh kerana
menghantar isterinya kursus
. Dalam pada itu,
hujan renyai2. Kami
makan d sebuah
kedai makanan. Sedap
juga masakan mereka
ini . Sejuk mengcenkam
jiwa kata ahli
sastera. Jam 10 pm ,
baru anak saudara sampai
dengan anaknya yang
berumur 6 tahun.
Oleh kerana,
tiada orang rumah
maka aku pun
masak air panas
dan makan biskut
raya yang masih
ada. Maksu tengok
lah apa2 yang
ada dalam dapur
. Nak masak
apa ke kata anak
saudara ku. Cuma yang menariknya keluarga
ini ialah anaknya
boleh nampak makhluk
halus iaitu hantu.
Ya, ALLAH adakah
kebetulan atau keturunan
di sebelah keluarga
aku di mana
abang kandung aku
pun boleh nampak
makhluk halus.
Aku cuba
cungkil apa yang
dia nampak. Kawasan
yang mereka duduk
termasuk rumah ini
memang ada makhluk
jahat.Kadang2 seperti orang
main guli dengan gelak
ketawa. Cucu saudara aku
kata dia nampak
ada hantu dengan
lidah terjelir d
bawah katil bilik .
Hantu itu memandang nya
seperti hendak memakan
. Dia menjerit. Di
bilik sebelah pula,
dia di ajak
oleh kanak2 hantu
bermain guli.
Perkara ini
yang membuat anak
saudara aku stress
dengan keadaan anaknya .
Keesokan paginya, anak
saudara aku menghantar
anaknya ke sekolah
tadika . Tepat pukul
9am dia terus balik
ke rumah. Kami terkejut
kenapa lari dari
sekolah. DIa nampak
di kantin sekolah
ada syaitan duduk
makan bersama2 dengan
budak2 . Penuh
atas meja syaitan
itu katanya. Aku
kata sebab itu
kita sebelum makan
kena baca BISMILLAH.
Jika tidak ,
syaitan akan makan
bersama2 dengan kita.
Kasihan pula
aku lihat dia
seperti truma. Pagi
itu, setelah sarapan
pagi aku n family
pun pergi shopping
d pasar minggu.
Banyak sungguh sayur2an
yang segar . Aku
pun cakap bahasa
Mandarin dengan penjual
cina. Rancak lah mereka
bercoloteh dengan aku.
Dapat sedikit sayur
murah dari penjual
cina itu. Manakala,
anak saudara aku
itu beliau di
suruh membawa anaknya
balik ke KELANTAN
untuk berubat .
Oleh kerana
, awal lagi
kami pun berjalan2
melihat keindahan alam
.Cuaca panas tetapi
rasa nyaman sejuk.
Pelancung pun sedikit
maka seronok lah kami
berjalan d strawberry
park, pokok bunga.
Aku sempat membeli
pokok bunga dengan harga
yang berpatutan. Di ketika
ini , aku harap
cucu saudara aku
akan pulih seperti sediakala
.AMIN
No comments:
Post a Comment