As salam,
bertemu kembali kita . Harap
sahabat2 semua beroleh
kesejahteraan oleh TUHAN. Banyak blog
saya menceritakan tentang kehidupan
dan masakan . Asyik2
makan saja. Mungkin
ada yang berkata
demikian. Tidak adakah
sedikit ilmiah atau
ilmu untuk di
kongsikan? Saya memahami
apa yang berada
dalam kotak pemikiran
setengah sahabat. Kadang2
sangkaan dan gerak
hati kita terhadap
individu adalah tepat.
Cuma kita sahaja
yang tahu kemelut
itu.
Baru2 ini
saya telah menyertai
satu program .
Semarak wanita berkejaya.
Walaupun saya di
berikan tugas ajk
makanan program namun
saya tidak melepaskan
peluang untuk mendengar
isi ceramah yang padat
dan mantap . Ianya berkisar
tentang pendidikan anak2
dari awal ,
remaja, dan dewasa.
Tiga kategori itu
berbeza pendidikanya. Begitu bezanya
anak lelaki dan
anak perempuan.
Ibubapa tidak
perlu berleter anak2
sebaliknya bercakap berhadapan
dengan anak2 . Selalunya
si ibu sambil
basuh pinggan mulutnya
mengomel dan menyuruh
anaknya buat itu
dan ini. Anak lelaki
perlu bercakap berdepan
muka jika hendak
menyuruh buat sesuatu. Itu
sifat anak lelaki.
Anak perempuan bercakap
di belakang pun
anak itu boleh
faham. Anak perempuan
lebih bersifat matang.
Jangan biarkan
anak2 terlalu bermain
games. Biarkan anak2
melihat laptop di
depan kita daripada
menyuruh anak melihat
facebook atau apapun
di dalam bilik.
Ini mengelak daripada
anak2 melihat gambar
porno . Pengawasan
perlu ada . Kajian
mengatakan bahawa anak2
yang melihat internet
sehingga dua jam.
Atau lebih dari
itu. Mereka lebih
mengalami obesiti. Sebab
kata penceramah tersebut ,
anak2 kita akan
membeli dan memakan
apa sahaja yang
ada dalam rumah.
Kadang2 tengah malam
burger menjadi makanan
istimewa sambil mata
melihat facebook mulut
menguyah. Apa yang
di makan pun
anak2 tidak perasan.
Pemerhatian perlu
ada . Jangan
kita terlalu berwhassap
atau leka dengan
raja lawak di
tv. Kegiatan anak
di dalam rumah
perlu di pantau.
Anak2 yang berumur
3 tahun ke
atas jangan biarkan
mereka di beri
main games. Kenapa
anak2 melayu tidak
kreatif seperti anak2
non muslim? Ibubapa tidak
membeli bahan2 yang membuat
anak2 kreatif seperti
Lego. Sebaliknya di
dedahkan dengan ipad.
Anak melayu suka
main games. Mereka
jumud dan kurang
idea yang membina
utuk kehidupan mereka
apabila dewasa nanti.
Salah ibubapa seandainya
anak2 kita takut
bersaing dengan anak2
non muslim. Maka
bila dewasa kelak
mereka akan bekerja
di sebalik tabir
dan tidak menonjol
ke depan. Oleh itu,
perlunya ibubapa santuni
anak2 agar mereka sentiasa
tahu bahawa setiap
detik dan saat mereka
tidak membuang masa
sia2 dan tidak
melihat bahan2 lucah
yang berleluasa kini
Ibubapa sentiasa
berdoa yang baik2
sahaja kepada anak2
agar mereka suatu
hari nanti menjadi
pendakwah atau guru, doctor, jurutera
dan lain2 yang
sentiasa beribadah kepada
tuhan yang ESA.
AMIN
No comments:
Post a Comment