As salam
kepada kawan2 yang
di sayangi . Sesungguhnya
kita telah berada
di penghujung ramadan.
Tetapi, masih lagi
dalam suasana ibadah
puasa. Pejam celik
kita sudah hendak
beraya aidil fitri.
Mood hari raya
sudah datang .
Itulah kata kita
yang negaranya aman
walau pun ada yang
kurang aman. Pergi
mana2 di pasaraya
kedengaran lagu raya.
Kanak2 kalau dengar
lagu raya wajah
nampak ceria dan
gembira. Tetapi, kita
yang berkeluarga mula
rasa gundah .
Banyak perkara yang
perlu di fikirkan. Dari
A hingga Z.
Raya pertama menu
apa yang hendak
di hidangkan kepada
tetamu. Raya kedua
menu apa pula.
Raya ketiga nak buat
apa bila orang datang.
Selalunya dalam
perkara menu ini
isteri selalunya akan
jadi pengarah. Manakala suami
pula menjadi pengarah
kewangan. Ada duit
semua menu boleh
buat. Pada raya
pertama, menu aku sekeluarga ialah
ketupat palas, rending ayam
dan daging, dan
bihun sup. Raya
kedua aku balik
kampung . Walaupun, emak
dan ayah telah
tiada namun aku
masih ada adikberadik.
Memang sedih dan
sayu .Dulu aku
sering buat overtime
demi menyambut hari
raya yang banyak perbelanjaan . Sebahagian wang
ot itu aku
akan beri pada
emak untuk keperluan
hari raya. Aku sangat
faham kehendak emak
pada masa itu.
Raya pertama
dan raya kedua
adikberadik semua datang
ke rumah mak
aku. Sampai kami
letak meja dan
kerusi di luar.
Suasana meriah dan
kalut. DI luar
pun kena hidang .
Ianya memerlukan kekuatan
fizikal. Stamina kena
banyak . Sebab itu
memerlukan menu yang
banyak di samping kuih
raya.
Tahun ini
tidak tahulah bagaimana
sambutan hari raya
. Adakah adikberadik
sebelah emak aku
akan datang ke
rumah atau tidak.
Namun persiapan menu
kena buat juga.
Namun rumah emak
aku di diami
oleh kakak aku. Dialah
bertungkus lumus menyediakan
persiapan menu dan
sebagainya. Raya ketiga
adiberadik aku akan
ke rumah aku
untuk makan tengahari.
Aku masak cara
kampung saja. Keliling
rumah aku penuh
dengan ulam ulaman.
Ulam pegaga, putat, ulam
raja, mengkudu dll. Jadi
senang sikit .
Dalam kita
rancak menyambut hari
raya , jannganlah
lupa pada mereka
yang tiada apa
dan sahabat kita
yang sedang menderita
seperti syiria, pelistin,
Iraq, mesir, dll. Kita
hanya dapat menulis
dan melakar gambaran suasana di
negara2 tersebut tanpa
setitis darah. Menulis
pun di bawah
kipas angin. Tetapi,
mereka yang mengalami nya
terpaksa mengorbankan nyawa
dan harta . Nyawa
di pertaruhkan. Hebatnya
mereka . Dalam
satu vedio, aku
melihat mujahidin2 syiria
berbuka puasa dengan
air dan daun2
kering sambil memegang
senapang. Mereka makan
daun kering bersahaja.
Kita pula bagaimana?
Makanan tawar sedikit
pun kita sudah
kritik. Sudah tidak
ada selera hendak
makan. Duit banyak
tetapi tidak lalu makan.
Akhirnya, makan bubur
lambok sahaja yang
d ambil dari
masjid berdekatan. ALLAH
tarik nikmat selera
makan kita.
Di kesempatan
ini aku ingin
mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak
terhingga kepada pengunjung2
yang sudi membaca
dan melihat blog
aku yang serba
kekurangan. Setakat hampir
dua bulan blog
aku iaitu gemersik
qalbu di mana pengunjung
seramai 3450 orang
yang telah membaca
melihat. Terima kasih
di ucapkan Antara negara2
yang mengunjungi blog
aku terdiri dari
negara MALAYSIA, RUSIA,
GERMANY, JEPUN, KOREA,
MESIR, JORDAN, SINGAPURA, INDONESIA, FRANCE, ENGLAND, AMERIKA. Pada pendapat
aku , mereka ini
adalah pelajar2 malaysia
yang menuntut di
sana yang sudi
baca blog aku.
DI ruangan
ini aku ingin mengambil
kesempatan mengucapkan SELAMAT
MENYAMBUT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN
BATIN . Jumpa
lagi di hari yang
lain jika di izinkan ALLAH.
No comments:
Post a Comment