Apa khabar kawan2
semua ? Moga di
pelihara oleh ALLAH
sentiasa. Sudah masuk
ramadan. Bagaimana
dengan amalan kita.
Itu yang penting.
Membaca AL QURAN
kah kita. Terawikh
kah kita. Kita
sendiri yang boleh
menjawabnya. Orang lain
tidak dapat menjawabnya.
Di bulan ramadan
ini kita rasa
sangat letih dan
tidak bermaya. Waktu
siang lebih panjang
daripada waktu malam.
Ia menguji ketahanan
mental dan fizilkal
kita.
Kenapa bila
tiba bulan ramadan
maka banyak lah juadah
di atas meja.
Pasar ramadan tumbuh
di merata2 ceruk
dan tempat. Bulan
ini adalah bulan
rezeki. Juga, member
kemudahan kepada kita
yang tidak sempat
memasak kerana kerjaya
terutama wanita kini. Beli laukpauk
dan kuih muih
untuk sekali makan.
Kadang 2 hawanafsu mendahului
kita. Semua sedap
belaka. Mahal sikit
tidak mengapa. Kadang2
kita hanya makan
sedikit sahaja. Selebih nya,
kita akan simpan dalam
peti sejuk.
Pertanyaan
di sini ialah
tahankah perut kita
makan makanan yang
terlalu awal di
masak. Penjual semestinya
ia akan masak
terlalu awal. Jam
4 petang penjual
sudah siap sedia d
gerai masing2. Makanan
yang lama bolehkah
kita makan setiap
hari. Apa salahnya
,kalau kita goreng ikan
panas2 dan berbuka
puasa dengan itu
pun sudah mencukupi.
Tetapi, kita tidak
memilih cara begitu.
Senang mengeluarkan wang .
Tidak mengapa kerana
kalian ada wang .
Pada yang
bujang , tinggal keseorangan lebih
senang membeli sahaja .
Tetapi, nasihat saya
ialah pilih menu
yang tidak membuat
anda sakit perut.
Pilih yang terbaik.
Kadang2 bazar ramadan
memberi banyak kemudahan
dan kesenangan kepada
mereka yang teringin
makan kuih lama2 dahulu.
Semuanya, ada di
bazaar ramadan. Hairan
saya kenapa lah kuih2
itu tidak ada
masa bukan bulan
ramadan. Persoalan ini
tidak terjawab.
Alhamdullilah, setakat
hari ini, saya belum pernah
membeli laukpauk dan
kuih muih di
bazaar ramadan. Semuanya
masak sendiri. Setakat
kuih yang saya telah
buat ialah kuih
Melaka, kuih lopis,
karipuff, cucur ubi,
cucur kodok, bihun ,
laksa, kuah durian cicah
roti, pudding caramel,
kuih cara berlauk,
agar2 lumut. Saya
akan buat lebih
untuk sedekah pada
jiran2 yang berdekatan.
Tidak rugi memberi apa
yang kita makan .
Begitulah , bila
bulan puasa maka
teringatlah makanan yang
kita rasa lama
kita tidak membuatnya.
Tidak salah membeli
asalkan sekadarnya sahaja.
Di sini saya ingin
mengambil kesempatan kepada
kawan2 semua SELAMAT
BERIBADAH DI BULAN
PUASA DAN BERBUKA
PUASA. Saya sayang
anda semua
No comments:
Post a Comment