As salam utk
semua yang sudi
membaca d ruangan
ini. Masih lagi
dalam suasana bulan
ramadan yang berkat.
Harap kalian semua
dapat menyempurnakan ibadah
puasa dengan kesabaran
dan keinsafan. Sekarang
ini , cuaca begitu
panas . Hujan
pun tidak turun. Sesungguhnya
ALLAH menguji hambaNYA
dengan kelaparan dan
kepanasan. Rumah saya
berdekatan dengan sawah
maka ada juga angin
bertiup memasuki dalam
rumah. Masa itu, saya seakan2
di buai lena
dan asyik dengan
suasana angin yang
nyaman.
Namun demikian ,
lamunan itu terhenti
bila fikiran terbayang
sahabat2 dan keluarga
yang berada dalam
keperitan dan kesusahan
terutama dalam kancah
peperangan. Kita hanya
mampu melihat dan
membaca artikel2 yang
menceritakan pergolakan di
Pelistin, Syria, Mesir
dan negara2 islam
lain. Namun, dari
sudut penghayatan adalah
kurang. Kebanyakan kita
hanya melihat dalam
keluarga kita sahaja.
Baru2 ini ,
saya telah menghadiri
satu program mengenai
perkembangan yang berlaku
di Syria dan
pelistine. Terharunya bila
kanak 2 masih sempat
bermain di bawah
runtuhan bangunan yg
cukup merbahaya. Sedangkan
anak2 kita begitu
selesa dengan ruang
permainan yang bagus
dan indah. Sesungguhnya
, kita berada
dalam zon selesa.
Maka, apa salahnya kita
imfak sedikit wang
yang kita ada
dalam dompet kita
itu
Masa terus
berlalu, kita tidak
mahu diri kita
masih seperti dahulu.
Tiada perubahan dalam
diri kita. Perlukan
anjakan paradigma. Pada
mereka yang baru
dapat kerja ,
kebanyakan hanya memikirkan
tentang nak beli
kereta, rumah, pakaian
berjenama, melancong, kahwin.
Sedikit sahaja yang
memikirkan tentang bagaimana
kita hendak menyambung
jihad dalam lapangan
dakwah. Non muslim
yang masih tidak
memahami apa itu islam.
Pembantaian yang berlaku
kepada umat islam
sejagat. Itulah kita
masih berada di zon selesa.
Anak2 tidak
mahu balik kampung
sebab nyamuk banyak.
ALLAH kirim nyamuk
kita sudah rasa
tidak senang duduk.
Resah . Menghitung
hari bila hendak
balik ke bandar.
ALLAH tidak kirim
bala tentera lagi
. Minta d jauhkan .
Nyamuk itulah bala
tentera ALLAH. Kecil
tapi bila gigit
sangat menyeksakan badan
kita. Kita ajarlah
anak2 kita menabung
dan duit syiling
itu kita sedekah
kepada orang yg
memerlukan.Ibubapa perlu tegas
dalam perkara ini.
Kini, persiapan untuk
menyambut hari raya
AIDIL FITRI kian terasa
walau baru 2 minggu kita
berpuasa. Banyak sungguh
kain baju yg
di hidangkan kepada
kita. Sekarang ini ,fesyen
ala SALOMA keluar
semula. Saya sedikit
pun tidak berminat.
Jubah juga pilihan
saya tahun ini.
Senang, selesa untuk
bergerak ke sana
ke sini. Ala
ala ARAB .
Saya mula hendak
buat kuih lama2
iaitu kuih Loyang
atau kuih sarang
tebuan kata orang
utara. Lepas itu,
kuih maruku. Saya pun
masih berada di
zon selesa. Nikmat
ALLAH kita kena
syukuri.
Setakat ini
dahulu coretan yang
di persembahkan . Ada
masa dan kelapangan
saya akan menulis
lagi jika di izinkan
oleh ALLAH. Apa
yang baik dari
ALLAH dan apa
kurang adalah kelemahan
diri saya sendiri.Walau
kita berada di
zon selesa namun
kita tidak melupakan
mereka yang di
timpa musibah. Doakan
sahabat di belakang
sahabat ALLAH lebih
makbul. Maka kita
doakan kepada mereka
agar di beri
ketahanan fizikal dan
mental dalam mengharungi
ujian hidup yang
penuh pancaroba. AMIN
No comments:
Post a Comment