Lelaki pandai
masak? Memang benar
dan tepat kenyataan
itu. Siapa yang
menafikannya bermakna dia
cemburu akan kenyataan
ini. Kalau pandai
masak tanpa rajin
pun tidak bermakna
juga. Kalau kita
lihat dalam konteks
kini orang lelaki
memegang banyak perusahaan
makanan dan catering.
Ramai orang lelaki
yang mengambil jurusan
yang melibatkan makanan
walaupun ada yang
mengatakan ianya memberi
tekanan yang hebat
pada diri.
Dalam konteks
keluarga seorang ayah
yang rajin dan
pandai masak menguntungkan
anak2 . Apa tidaknya,
air tangan ayah
lebih baik daripada
air tangan mamak
di kedai. Sentuhan
masak seorang ayah
walau simple tetapi
tetap mengancam sedap.
Mengapa anak2
sering mengabaikan atau
melupakan peranan ayah
dalam kehidupan terutama
menyentuh tentang ayah
yang rajin ke dapur.
Tidak di nafikan
peranan ibu tiada
tolok bandingnya. Aku
terbaca satu coretan
anak muda dalam
satu majalah di
mana beliau tidak
akan memaafkan ayahnya
di sebabkan oleh
satu peristiwa. Tetapi, katanya
ayah beliau sering
membuat sarapan pagi
kepada beliau dan
adik2 ketika si
ibu terpaksa bergegas
awal ke tempat
kerja. Kerana sedikit
perselisihan beliau
tidak mengiktiraf ayahnya
sebagai ayah lagi.
Aku teramat
pilu dan sedih
bukan kepada anak
muda itu tetapi
kepada ayahnya. Ayah
di lupakan. Sepatutnya,
ayah yang kita
sentiasa kenang apalagi
ayah banyak berkorban
wang ringgit dan menyediakan makanan
ketika ibu tiada
atau tidak sempat
masak.
Mana mungkin , kita
begitu senang melupakan
ayah begitu saja.
Aku sehingga kini
masih mengingati ayah
walau ayah sudah
tiada di dunia
ini. Inikan pula
ayah yang masih
bernyawa dan kesihatan
sering terganggu boleh
anak2 sisihkan dan lupakan
begitu saja. Kita
kejam dan tidak
adil pada diri kita
sendiri. Biasalah, kalau
ayah menegur dan
kadang2 terlepas pandang
pada kita. Namun,
jauh di sudut hati
ayah sangat menyanyangi
kita. Sangat menyanyangi
kita. Ayat ini
perlu di ulang2.
Kepada anak2
muda yang di
luar sana kembalilah
kepada pemikiran yang
rasional. Walau huduh
dan buruk ayah
kita namun dia
tetap ayah kita
dunia dan akhirat. Apalagi si
ayah yang pandai
masak dan rajin
ke dapur .
Setiap pengorbanan ayah
perlu kita hargai
dan muliakan.
No comments:
Post a Comment