Pernahkah
anda terserempak dengan
orang tua yang
sudah bongkok membawa
makanan dan minuman
sambil berjalan perlahan2
menuju pulang ke
rumah? Begitulah yang
pernah aku lalui
tempoh hari.
Pada
masa itu aku
sedang naik motor
untuk membeli barangan.
Dari jauh aku
dapat melihat seorang
nenek tua dengan
kedua2 tangan memegang
air manerial . Nenek
tua itu jalan terbongkok2
. Kereta bersimpang siur tanpa
mengendahkan apalagi berhenti
untuk menolong nenek
tua tersebut. Kasihan
kata hatiku. Mengapa
manusia atau masyarakat tidak
perihatin dalam perkara
ini. Sudah tercabutkah
sifat mengasihani sesama
insan.
Bila
sampai kepada nenek
tua itu, aku memberhentikan motor
dan bagi salam.
Aku menyuruh nenek
tua itu naik
di belakang motor
aku. Tetapi, nenek itu
mengucapkan terima kasih . Nenek
hanya minta tolong
aku bawa air
manerial yg besar .
Aku mengikut saja
nenek tersebut. Rupanya,
jauh sungguh rumah
nenek ini. Masuk kampung
. Akhirnya, aku pun
sampai ke rumah
nenek itu. Hanya
rumah kecil. Nenek itu
mengajak aku masuk
dalam rumah. Bersih
dan ada kain telekung
menunjukkan yang nenek
ini solat.
Di
sebelah rumah nenek
itu ada rumah
besar. Rupanya, itu
rumah anaknya. Suami
isteri bekerja. Nenek nampak sedih
sekali. Nenek dahaga . Anak
nenek tidak peduli.
Terpaksa keluar cari
air dan makanan sendiri.
Sebak rasa hati
mendengarnya. Mengapa anak2
sekarang jadi begitu.
Siapakah yang melahirkan
mereka? Berjaya dalam
pelajaran dan kehidupan
dengan pemberian rezeki
daripada ALLAH. Bolehkah
kita dengan senang
hati melupakan dan
membiarkan ibu kita
keluar seorang diri
dalam keadaan payah
dan uzur mencari
makanan.
Nenek
itu melihat wajah
saya. Kenapa? Lama juga
aku berbual2 dengan
nenek tersebut. Oleh
kerana aku hendak
pergi bekerja maka
aku pun memohon
diri dan mengucapkan
salam. Aku beri
sedikit wang kepada
nenek itu. Nenek
itu kata aku
anak yang baik.
Benarkah aku anak
baik ?
Di sini
aku memohon dan
merayu anak2 agar
bertanggungjawab dan mengasihani
ibubapa anda sementara
mereka masih ada.
Bila kedua2 sudah
tiada maka hilanglah
keberkatan kita di
dunia ini. Tidak susah
menjaga mereka cuma banyak
bersabar dengan kerenah mereka.
No comments:
Post a Comment