Ramadan hampir tiba.
Adakah kita sudah bersedia menghadapinya. Bersedia
atau tidak bersedia ini adalah perintah
ALLAH. Suka atau
tidak suka kita
kena hadapinya juga.
Sudah lama kita
asyik makan. Dalam facebook
asyik lihat makanan .
Telan air liur
di buatnya. Kalau
boleh di bulan RAMADAN kurang aktiviti
post mkanan. Nanti
ada insan2 yang
tidak tahan daulat.
Sekali sekala tidak mengapa.
Teringat aku
masa aku bekerja
di sektur swasta
salah sebuah kilang
dimana kami yang
beragama islam akan
memenuhi ruang cafeteria.
Aku selalunya akan
membeli makanan di
pasar RAMADAN .Ikan keli
bakar dan air
asam kegemaran aku
ketika RAMADAN. Air
cincau tidak di lupa..
Di cafeteria ada
di jual tetapi
aku tidak berminat.
Sebelum azan berbunyi
dengan menggunakan siren
aku terpegun melihat
non muslim menghormati
kami yang beragama
islam. Mereka sepatutnya
boleh makan tetapi
mereka menunggu azan .
Apabila siren berbunyi
maka barulah mereka
makan bersama2 kami
yang beragama islam.
Seronok masa itu
jika bekerja shift malam.
Dalam RAMADAN
aku cuba menghabiskan
bacaan AL QURAN tetapi
selalunya tidak dapat.
Bila petang petang
sudah sibuk hendak
memasak dan buat
sedikit kuih untuk
berbuka puasa. Ada
juga aku membeli
kuih di pasar
RAMADAN. Aku suka
makan kuih MELAKA.
Kesukaanku kuih itu.
Selalunya aku akan buat sendiri
kuih itu.
Begitulah sedikit
sebanyak cerita RAMADAN. Nanti kalau ada
kelapangan aku akan bercerita lagi dengan cerita
lebih menarik.
No comments:
Post a Comment