Menderma pada
yang tiada. Itulah
kata2 di awal
bicara. Ucapan ini mudah
di ungkapkan tetapi
susah yang hendak
hayati pada mereka
yang mempunyai hati
yang keras. Bukan
senang hendak menderma
sekiranya kita merasakan
yang harta kita
adalah milik kita
bukan milik ALLAH.
Baju mudah di
cuci tetapi hati
yang suci sukar
di cari.
Dalam
penulisan ini bukan
niat di hati
hendak menceritakan yang
aku suka menderma.
Tidak sekali. Ianya
datang secara tiba2
tanpa kita menunggu.
Sering peminta sedekah
datang ke rumah
dengan membawa anak.
Adakah kita hendak
menyelidiki hingga ke
akar umbi. Tetapi
sifat aku yang
mudah kasihan bila
perempuan bawa anak
walaupun dia datang
dari negara asing. Atau
ada sindiket .
Ada
satu peristiwa di
mana seorang perempuan
membawa anak yang
masih merah lagi dengan seorang
anak perempuan yang
baru boleh berjalan.
Perempuan ini nampak
tidak bermaya fizikalnya.
Dia minta tumpang
duduk di muka
pintu. Masa itu
tengahari , cuaca amat panas.
Aku baru saja
habis masak dan
buat sandwich untuk
makan petang.
Perempuan
ini tidak tahu langsung
bahasa Malaysia. Dia
minta air kerana
haus. Kasihan. Dia
baru lepas bersalin
dan minta sedekah.
Anak yang boleh
berjalan menangis . Aku
tahu dia lapar.
Aku bubuh nasi
dan bancuh air
beri mereka makan.
Hari itu aku buat
gulai seludu. Sedap.
Emak dengan anak makan
nasi sampai licin.
Aku juga bagi
sandwich dan air
mineral untuk bekal
kepada si anak.
Si emak menangis
dan aku tahu
dia hendak ucap
terima kasih tetapi
tidak tahu. Dia
hanya mengangkat tangan
sambil berdoa. Tidak lama
kemudian , mereka
pun pergi.
Baru2 ini,
ada seorang non
muslim memohon derma
untuk oku di
BUKIT MERTAJAM. Dia
tunjuk kepada aku
cop dan surat
yang dia layak
minta derma. Aku
pun bagi wang
derma tersebut. Lelaki
cina ini bagi
botol kosong untuk
aku minta bubuh
air kerana haus.
Aku tiada masalah
dalam perkara ini.
Cina tanya aku
kenapa ramai orang
melayu tidak mahu
beri derma pada
non muslim. Salahkah
kami minta derma
pada orang melayu.
Aku kata tidak
salah. Ianya bergantung
kepada individu tersebut.
Dia pun mengangkat
tangan dan berdoa
moga2 aku sihat
dan bahagia. Aku
terharu mendengarnya. Dia
melambai tangan pergi.
Kadang2
kita terlepas pandang
dalam perkara menderma.
Kita selalu jaga
orang kita. Atau
kita terlalu jaga
keluarga kita sehingga
kita mengabaikan kesengsaraan
orang lain. Pernah
kita simpan wang
gaji kita untuk
menderma kepada orang
yang memerlukan bantuan
kita seperti rakyat
pelestin, syiria dan
lain2. Aku menyertai
badan ngo IKRAM
dimana aku dan
sahabat2 meminta anak
ikram dan anak2
luar simpan duit
makan untuk di dermakan
kepada anak2 pelestin
pada masa itu.
Bila tiba hari
tersebut kami akan
kumpul semua tabung
anak2 yang penuh
dengan duit syiling.
Masing 2 keluarga membawa
tabung masing2. Seronok
melihatnya . Hasil daripada
duit anak2 itu
kami beri kepada
AQSA SHARIF untuk
di beri kepada
rakyat pelestin.
Kita perlu
menanam budaya menabung
pada anak2. Bukan
sahaja untuk diri
sendiri tetapi kita
tanamkan sifat sedekah
pada anak2 kita.
Kita kena member
contoh taladan pada
anak2. Jauhkan sifat keakuan
dan bakhir dalam
diri kita dan
anak2 kita. Moga2 ALLAH
menambah rezeki kita
dalam bentuk yang
kita tidak sangka.
Percayalah . Tidak rugi
kita keluarkan wang
dalam pokek kita
untuk mengeyang kan orang
lain .Moga2 amal jariah
kita di terima oleh
ALLAH. AMIN
No comments:
Post a Comment