Bertemu lagi kita
sambungan daripada kerjaya
aku di salah
sebuah kilang terkenal
di utara Semenanjung. Aku
di tugaskan mengajar
pekerja2 wanita asing
di salah sebuah
cawangan kilang itu. Aku di
arahkan ke satu
department di mana
pekerja2 wanita sudah
sedia menunggu aku. Aku mula mengajar
mereka. Untuk itu
aku kena ikut
shift iaitu shift
siang dan shift
malam.
Namun, department
ini ada sedikit
keanehan terutama bila
malam. Apa
tidaknya , sudah bau wangi semerbak juga
bau masakan. Satu
malam, antara jam 2
pagi , aku
terbau seperti orang masak gulai. Aku
memandang kepada mereka.
Kami saling memandang
antara satu sama
lain.
Salah seorang
daripada mereka di
anugerah oleh ALLAH
dapat melihat dunia
lain. Katanya bahagian yang kami
duduk adalah bahagian
dapur makhluk halus
atau orang bunian.
Dia dapat lihat makhluk
halus perempuan sedang
masak. Patutlah, aku
bau masakan yang
wangi dan harum ramuannya.
Semua pekerja
yang bekerja di
department sudah tahu.
Seronok juga bekerja
di kawasan dapur jin. Kadang2
kami bau orang
masak ayam masak
merah, sup ayam.
Sekali itu aku
bau orang buat ayam
percik. Baunya enak
hingga naik aroma.
Hilang ketakutan sebaliknya
kami ketawa bila bau
orang bancuh air
kopi.
Bila aku
kerja shift malam,
apabila hendak ke
tandas antara jam 3 pagi
aku akan tanya pekerja yang nampak jin
itu. Apa yang
kamu nampak. Dia
akan beritahu kepada
aku di mana ada wanita yang mendukung anak
berada di tandas.
Aku pun tidak
pergi tandas masa
itu. Setelah lama barulah dia beri
lampu hijau menyuruh
aku ke tandas
sebab perempuan atau hantu itu sudah pergi.
Begitulah, aku
dan pekerja2 lain
mengharungi ujian yang
terpaksa kami harungi
untuk mencari rezeki. Kadang2 aku
rasa seperti orang
sedang melihat aku
bekerja. Aku pun bertanya kepada kawan itu. Dia
kata makhluk itu
sedang melihat kami
bekerja. Tidak mengapalah,
asalkan tidak menganggu
kami.
Begitulah, antara
pengalaman aku sepanjang
bekerja di sektur
kilang bukan sahaja
mendapat cabaran dengan manusia, juga mendapat cabaran
dari makhluk dunia
lain.
Masa depa tumis cabai, maksu tak bersin ka? Kikikiki.
ReplyDeletebersin sampai selsema
ReplyDeletehaha,jin pon rajin masak noh ummi...
ReplyDelete