Saya telah membaca
satu artikel yang
menuramah lelaki2 yang
bergelar suami. Pertanyaan
ialah perlukah isteri
bekerja membantu suami
menjana pendapatan keluarga.
Ada yang mengatakan
isteri tidak perlu
bekerja . Jaga rumahtangga sahaja.
Biarlah suami berusaha
menyara keluarga.
Tetapi ada
seorang suami tidak
mengizinkan isterinya berhenti
bekerja. Alasannya, beliau
tiada berkempuan. Beliau
mahu isterinya menampung
perbelanjaan keperluan rumah.
Suami ini seorang
jurutera.
Sebenarnya pada
pandangan aku yang
kerdil ini sejauh
mana keperluan dan
kemampuan kita .Umpama
mengukur baju di
badan sendiri. Kita
terlalu mementingkan material
walaupun perkara itu
tidak salah. Kita
semua berhak hidup
senang dan tidak
mengemis .
Namun dari
satu segi kita
sering tukar kereta
baru, bersaing sesama
kawan yang lebih
hebat dan berada
dari kita. Terasa
gelisah dan serbasalah
melihat kekayaan kawan2
atau suadarmara kita.
Rasa diri terasing
dan selekeh. Rela
berhutang
Aku pernah
menghadiri satu seminar
di mana penceramah melontar
kritikan kepada suami
yang suka beli
kereta mahal. Banyak kes di
mana bila suami
meninggal dunia maka
si isteri terpaksa
menanggung hutang suami
tersebut. Terpaksa si
isteri jual kereta
itu.
Itulah diri
kita, jiwa kita
yang mundur dalam
menilai erti kebendaan.
Perlunya, kita berlapangdada, lihat kemampuan
diri, keseimbangan supaya
kita tidak terjurumus
dalam kemelut kebendaan
yang melampau. FIKIR2KAN
.
No comments:
Post a Comment