Anda pernah
terserempak dengan hantu.
Begitulah kisah hari
ini yang benar2
terjadi pada diriku.
Semua terjadi sebelum
RAMADAN. Aku kumpul
cerita menjadi satu
cerita. Aku tidak pernah bercerita
kisah hantu ini
kepada sesiapa sehingga
wujud blog ini.
Cerita pertama
berlaku dalam rumah
sewa yang aku
diami. Masa itu
jam menandakan 8. 30pm
di mana aku
terlelap. Letih bekerja
pada siang hari.
Tiba2 terasa ada
orang dalam bilik
aku. Aku melihat
ada seorang tua
mata merah merenung
aku. Orang tua
itu pakai baju
t shirt dan
kain pelekat. Aku
cuba bangun dan
bersuara tetapi tidak
boleh. Orang tua
itu menghaampiri aku
dan memegang leher
seolah mencekik. Aku
cuba sedaya upaya
baca ayat kursi
walau susah hendak
keluar suara. Akhirnya,
orang tua itu
hilang dan aku
terbatuk2.
Cerita kedua
aku naik motor
ke pasar malam
yang tidak jauh
daripada rumah sewa
tersebut. Setelah membeli
aku pun menyusuri
jalan yang agak
gelap . Lampu
jalan samar. Tiba2
aku ternampak sepasang
kaki berjalan tanpa
kepala. Kaki itu
hitam . Namun aku
tidak merasa takut
dan relek bawa
motor .
Cerita ketiga
ialah berlaku di
salah sebuah rumah
lain. Sedang aku
tidur tiba2 aku
terjaga dan melihat
seorang perempuan cantik
memakai baju kebaya
warna coklat. Perempuan
kebaya itu memerhatikan
aku tanpa berbuat
apa2. Aku terpegun
dan tidak dapat
berbuat apa2 hanya
melihat perempuan itu
. Akhirnya, aku
terus tidur sehingga
azan subuh .
Cerita keempat
berlaku di tempat
kerja di salah
sebuah kilang di
utara semenanjung. Masa
itu aku bekerja
shift malam. Aku kena bertugas
seorang diri dalam
bilik yang sederhana.
Rakan sekerja aku
masuk dalam bilik
aku dan dia
menegur aku jika
aku terbau seperti
kemenyan dalam bilik
itu. Rakan aku
ini boleh melihat dunia
lain. Aku bertanya
apa yang dia
nampak. Dia keberatan
memberitahu nanti aku
takut. Aku tidak
kisah dan tidak
takut. Hanya ALLAH
sahaja yang perlu
di takuti.
Dia berkata
di belakang aku
ada tok sami
pakai baju orange
dengan kepala memusing.
Dia tunjuk ke
arah tok sami
itu. Tiba2 aku
terbau seperti bangkai
mayat. Aduh, ya
ALLAH . Dugaan di
tempat kerja sangat
hebat. Aku baca
ayat kursi yang
telah di hafal .
Aku baca sekuat
hati biar tok
sami itu dengar dan
berminat kepada islam.
Jam menunjukkan pukul
2 pagi. Akhirnya, aku
tidak tahan dengan
bau bangkai mayat
dan aku beredar
sekejap ke bilik
rakan aku. Aku
masuk semula dalam
bilik aku dan
meneruskan kerja walau
bau macam2.
Cerita kelima
berlaku di kilang
tetapi di department
lain. Masa itu
berlaku pembuangan pekerja
beramai2. Sehingga tidak
ramai pekerja yang
ada hanya aku
dan beberapa orang
sahaja yang tinggal.
Yang banyak hanyalah
mesin2 . Aku bekerja
shift malam . Sedang
aku key in data2
tiba2 aku lihat
seekor rama2 yang
besar terbang rendah
. Mana mungkin
rama2 boleh masuk
kilang . Ini mesti
jelmaan syaitan. Aku
baca ayat kursi
dan rama2 itu
terus hilang.
Esok pula
sedang aku dan
rakan2 bekerja dan
berbual tiba2 mesin
jalan sendiri. Rakan
aku melompat dan
memeluk aku .
Takut. Suasana riuh
banyak mesin jalan
sendiri tanpa pekerja.
Ianya menjadi perbualan
hangat di kalangan
pekerja masa itu.
Hari keesokan
pula, aku pergi
ke tandas dengan
rakan2. Aku pun
masuk salah satu
tandas ,masa hendak
menutup pintu tiba2 seperti
ada orang menolak
aku dengaan kuat
sehingga aku terperosok
di tepi. Aku
bangun tetapi di
tolak lagi dan
aku jatuh lagi.
Sehingga lima kali
aku di tolak
barulah aku boleh
bangun dan tukar
tandas lain.
Pada masa
yang sama juga,
salah seorang supervisor
terserempak dengan budak badan hijau
iaitu toyol. Beliau
sampai demam dan
bercuti. Peristiwa 2 ini
sudah sampai ke
pengetahuan pihak atasan.
Pihak atasan meminta
orang masjid datang
ke kilang baca
yassin . Selepas itu,
aku dan rakan2
kurang mengalami kejadian2
yang menyeramkan.
Itulah sedikit
cerita yang terjadi
kepada diri aku dan
rakan 2 juga. Aku
kena harungi dan
terima sebagai ujian
dan dugaan daripada
ALLAH. ALLah lebih
BERKUASA atas segala
sesuatu. Yang penting
kita jangan panik
apabila mengalami perkara2
yang mengganggu iman
kita. Ingat sentiasa
pada ALLAH dan
ALLAH maha MENDENGAR
LAGI MENGISIHANI hambaNYA
No comments:
Post a Comment