Aku
pernah bekerja di
salah sebuah kilang
swasta yang terkenal
di utara selama
14 tahun. Banyak pengalaman
yang telah aku
lalui. Suka dan
duka sudah aku
harungi. Namun walau
apa yang berlaku
dalam kerjaya yang penting jangan
cepat melenting dan
sabar. Apalagi berhadapan
dengan pekerja asing
terutama pekerja wanita.
Masa itu
berlaku pembuangan pekerja
beramai2 dari peringkat
tinggi hingga peringkat
rendah. Hanya pekerja
yang berkualiti sahaja
di kekalkan. ALHAMDULLILAH, aku
di kekalkan dalam
kilang. Hanya tinggal
beberapa pekerja sahaja
yang di kekalkan termasuk
aku.
Maka
bermula fasa yang
mencabar iaitu kami
pekerja senior berhadapan
dengan pekerja asing wanita
yang manja dan
cantik. Kami dikehendaki
pergi ke sebuah
kilang cawangan untuk mengajar mereka.
Aduh, semuanya cantik
dan menggoda. Pakaian
yang menjolok mata.
Aku
di arahkan untuk
mengajar pekerja wanita
yang pandangan aku
cantik. Cantik dari
segi Luaran. Mereka
pandang aku dengan
sinis dan ada
seorang pekerja itu
kata yang aku
lawa. Lawa ke tidak lawa
aku kena tegas
dan disiplin dalam
mengajar.
Waktu
berlalu, mereka sudah
dapat menguasai pekerjaan
apa yang aku
ajarkan. Aku tidak garang tetapi
dengan cara lembut
dan tegas . Ini
yang membuat mereka
merasa senang dan mula berkomunikasi dengan
aku. Walaupun mereka
tidak pernah mengerjakan
solat tetapi mereka
hormat dengan aku .
Ada
seorang dari mereka
berterusterang dengan aku
hati ke hati.
Dia dan ramai rakan2
dalam kilang ini
adalah pelacur. Bila
habis bekerja maka
bermulalah pekerjaan mereka
melayani lelaki2 tidak kira apa bangsa
melayu, cina, india
asalkan dapat wang
untuk menampung keperluan hidup
dan menghantar wang
ke kampung.
Aku terkedu
dan menarik nafas
panjang. Dia bertanya kepada
aku kenapa aku
memakai tudung hingga
paras dada. Anggun,
lawa, pakaian cantik
dengan assesori yang
menarik katanya kepada
aku. Kami selalu
memandang kakak dan
berbisik2 sesama kami
lihat pakaian kakak
yang sopan tetapi
cantik. Aku suruh
dia berhenti puji- pujian
yang melebihi padahal
aku ini biasa
sahaja.
Aku
memberi nasihat dan
teguran yang membina
kepada gadis tersebut.
Kebanyakan mereka adalah
janda. Benarkah atau
palsu? Kerja di
sector swasta banyak
cabaran. Kalau silap
tingkah laku
kita atau tidak
tegas maka kita
boleh terjerumus dalam
kancah noda. Perlu
iman yang kuat untuk berhadapan
dengan suasana tersebut.
Aku
dapat melihat gadis2
di kilang itu
banyak menggunakan kecantikan
mereka dalam menarik perhatian
lelaki di situ.
Akhirnya, ramai daripada
mereka telah dapat
penyakit kelamin dan di
hantar pulang ke
negaranya termasuk pekerja
aku yang telah
aku ajar .
Aduh,
letih aku di buatnya.
Kena ajar orang
baru pulak. Yang
datang ini juga buat part time
sebagai pelacur. Mereka
membuat pengakuan dan
berterusterang dengan aku
tetapi tidak kepada orang
lain.
Begitulah, manusia
sering mengejar dan
mengejar untuk mendapat
kepuasan hati. Akhirnya , memakan diri
sendiri. Biarlah kita
hidup mencari rezeki
yang halal dan di
redai oleh ALLAH.
No comments:
Post a Comment